Nahas Top Gear: Chris Harris pernah beri amaran kepada BBC

1928

Semua orang tahu zaman kegemilangan Top Gear sudah pun lama berlalu sejak trio Jeremy Clarkson, James May dan Richard Hammond keluar dari rancangan tersebut.

Walaupun sudah beberapa kali bertukar pengacara, populariti rancangan tersebut masih lagi belum cukup kuat, ditambah pula dengan terjadinya beberapa insiden sehinggakan BBC selaku penerbit membuat keputusan sukar untuk merehatkan sementara rancangan tersebut pada Disember 2022.

Keputusan tersebut dibuat selepas insiden kemalangan salah satu daripada tiga hos, Andrew “Freddie” Flintoff ketika memandu Morgan 3 Wheeler.



Setelah sekian lama senyap, Chris Harris yang juga bekas pengacara Top Gear mendedahkan perkara sebenar yang terjadi menerusi saluran YouTube The Joe Rogan.

Jelas Chris, Flintoff biasanya akan meminta nasihat terlebih dahulu sebelum memandu sesebuah kereta berprestasi tinggi.

Morgan 3 Wheeler menurut Harris secara asasnya merupakan sebuah kereta yang sukar untuk dikendalikan.

Harris berkata saat beliau nampak insiden tersebut, beliau menyangka Flintoff yang tidak memakai helmet, maut di tempat kejadian.

“Disebabkan ‘call times’ pada hari kejadian, ia merupakan kali pertama kami tidak mempunyai peluang untuk berbincang bagaimana cara untuk mengendalikan kereta tersebut.

“Saya rasa sukar untuk menerimanya, dan saya berasa bertanggungjawab kerana tidak dapat peluang bercakap kepada dia,” ujarnya lagi.

Dalam tempoh beberapa bulan sebelum insiden tersebut berlaku, Harris juga telah memberikan amaran kepada BBC tentang aspek keselamatan terutama melibatkan aksi lasak.

“Saya nampak perkara ini akan berlaku,” sambil mendakwa beliau sudah memaklumkan kepada BBC “seseorang akan mati” berdasarkan apa yang berlaku semasa penggambaran.

Menurut Harris, tiada seorang pun dalam BBC yang cuba mengambil serius terhadap apa yang cuba diperkatakannya itu.

Video penuh temubual boleh ditonton pada pautan YouTube dibawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here