Subaru perkenal Legacy Outback Black di Jepun, harga RM137k

147

Subaru meraikan ulang tahun ke-30 model Outback menerusi pengenalan Edisi Istimewa di Jepun.

Subaru Legacy Outback edisi hitam itu menerima kemasan aksesori luaran dan dalaman tanpa sebarang naik taraf mekanikal. 

Subaru Legacy Outback Black Selection

Subaru Legacy Outback Black Selection tersebut ditawarkan pada varian flagship  Limited EX bagi model pra-facelift yang masih boleh didapati di pasaran Jepun.



Ia didatangkan dengan rim aluminium 18-inci dengan kemasan metalik gelap lalu digabungkan dengan aksen hitam. Warna hitam disematkan pada gril, rel bumbung, plat skid, hiasan lampu kabus dan perumah cermin sisi serta lencana Outback di bahagian belakang.

Selain warna badan Crystal Black Silica (seperti pada gambar), Subaru turut menawarkan pilihan warna Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic dan Magnetite Grey Metallic.

Bahagian kabin pula ditawarkan dengan kemasan warna hitam dengan jahitan benang perak sebagai kontra. Kerusi didatangkan dengan kemasan upholsteri kulit Nappa, fungsi ventilasi dan pemanas serta kemasan kulit pada pintu dan papan pemuka. 
 

Di hud depan tersedia enjin 1.8-liter empat silinder yang menghasilkan kuasa 175hp dan tork 300Nm bersama transmisi CVT.

Subaru Legacy Outback Black Selection dijual pada harga JYP 4,499,000 (RM137,054).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here