Batal himpunan RXZ Members jika banyak langgar undang-undang

304

Polis Terengganu mempertimbangkan untuk membatalkan permit program himpunan motosikal RXZ Members sekiranya didapati berlaku banyak pelanggaran undang-undang pada penganjuran acara itu kali ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin sehubungan itu mengingatkan penganjur dan peserta program supaya mematuhi peraturan ditetapkan.



“Kita dah beberapa kali melakukan perjumpaan dengan penganjur. Itulah kita tekankan untuk pastikan kehadiran peserta mematuhi undang-undang.

“Mungkin kita boleh ambil kira (tidak memberi lesen kepada penganjur jika ada banyak pelanggaran undang-undang).

“Selain itu, kami ada mencadangkan kepada penganjur letak wang cagaran kepada pihak berkuasa tempatan tetapi mungkin perkara ini akan dikaji semula supaya penganjur ambil tanggungjawab untuk mendisiplinkan peserta RXZ Members,” katanya.

Program RXZ Members 6.0 yang akan diadakan pada Jumaat sehingga Sabtu ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

SJR SEKITAR KUALA TERENGGANU

Menurutnya, rondaan akan dijalankan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan manakala sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di sekitar Kuala Terengganu.

“Kita meningkatkan SJR dengan memberi fokus pada lokasi ‘hotspot’ di sekitar Kuala Terengganu.

“Kita juga akan mengadakan penutupan di jalan utama Litar Permotoran Terengganu. Hanya motosikal dibenarkan masuk bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam sepanjang program itu berlangsung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Khairi berkata, pihaknya menasihatkan kepada semua peserta supaya tidak melakukan kesalahan ekstrem termasuk mengubahsuai ekzos kenderaan.

“Pastikan semua peserta yang hadir mempunyai lesen memandu selain kenderaan yang ditunggang mempunyai cukai jalan yang sah,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here