Rider kena saman sebab ‘pembonceng’ tak pakai helmet

86

Seorang penunggang motosikal di Pasuruan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila berkongsi gambar penampakan lembaga dipercayai pocong yang menaiki motosikalnya, lapor saluran berita Detik News semalam. 

Gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun @idaman_makmu memaparkan satu saman yang dikenakan terhadap penunggang tersebut. 

Bagaimanapun, saman itu berjaya merakamkan ‘penumpang’ susuk putih yang sedang duduk di belakangnya pada waktu tengah malam. 



Lebih mengejutkan apabila lelaki itu dikenakan saman kerana pocong itu melanggar peraturan lalu lintas. 

“POV apabila anda disaman bukan kerana anda, tetapi pocong yang tidak memakai topi keledar,” demikian menurut keterangan siaran itu. 

Siaran itu menjadi tular dan meraih lebih 2.2 juta tontonan bersama 65,000 tanda suka. 

“Suruh pocong yang bayar saman,” kata seorang netizen.

“Kena saman gara-gara pocong,” kata netizen lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here