Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang, sokongan perkhidmatan 24 jam

132

Tesla Malaysia mengumumkan pembukaan pusat servis di Pulau Pinang bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat di wilayah utara.

Pengarah wilayahnya, Isabel Fan berkata ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia susulan penubuhan pusat servis pertama di premis yang sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.



“Pusat servis di Pulau Pinang adalah pelaburan kami supaya pelanggan tidak perlu berasa bimbang sekiranya mereka perlu memeriksa atau membaiki kereta mereka,” katanya.

Fan berkata pemilik Tesla jarang memerlukan kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis kerana kebanyakan penyelesaian boleh disampaikan kepada pelanggan secara dalam talian.

Terletak di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai, ia menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam dan dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Bermula Khamis (12 September) dan seterusnya, pemilik Tesla baharu boleh menerima penyerahan kereta di Pulau Pinang dan tidak perlu ke Kuala Lumpur untuk mengambil kereta.

“Selama dua hari (12-13 September), kira-kira 25 kenderaan akan diserahkan kepada pemilik baharu di negeri ini,” katanya.

Di samping itu, Tesla Malaysia turut melancarkan stesen pengecas V4 pertama di Pulau Pinang di parkir pusat membeli belah.

Rangkaian pengecasan Tesla di Malaysia bertambah kepada 12 stesen pengecas super dengan 56 pengecas dan 13 stesen pengecas destinasi dengan 69 pengecas. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here