Pemilik Tesla cari pemuda sepak dan ludah kereta miliknya di parkir pusat beli belah

487

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook apabila seorang pemilik Tesla berkongsi rakaman kamera papan pemuka menerusi mod sentry yang menunjukkan seorang pemuda melakukan vandalisma pada kenderaannya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di parkir pusat beli-belah Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.



Menggunakan nama Ty Tai, dia berkongsi suspek yang berjalan bersama dua individu lain secara tiba-tiba menendang bahagian lampu Tesla miliknya. Bahkan, pemuda itu turut berpatah semula lalu meludah pada cermin kenderaan Ty Tai.

Menerusi hantaran lain, Ty Tai turut berkongsi rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir tersebut yang menunjukkan kelakuan lelaki itu dengan lebih jelas.

Ty Tai menyatakan telah membuat laporan polis pada hari kejadian namun siasatan tidak dibuka susulan tiada kerosakkan berlaku pada Tesla tersebut. 

Bagaimanapun, pemilik Tesla berkenaan menyatakan hanya akan memadam hantaran berkenaan selepas suspek memohon maaf atas perbuatannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here