Dua ‘call man’ ditemui meninggal dunia dalam kereta

103

Dua lelaki yang merupakan penarik kereta kemalangan ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 6.17 petang.

“Orang ramai mendapati dua individu berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri berada dalam sebuah kereta sebelum menghubungi talian MERS 999.



“Pemeriksaan ke atas kereta mendapati enjin masih hidup, keempat-empat pintu dan cermin dalam keadaan tertutup.

“Apabila pintu pemandu dan penumpang di depan dibuka didapati dua orang lelaki tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih,” katanya. 

Pihak ambulan Hospital Ampang tiba di lokasi mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada kedua-dua badan mangsa.

Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 30 tahun itu dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Mohd Azam berkata, siasatan mendapati tiada sebarang elemen jenayah berhubung kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here