24, 345 unit Toyota Vios terlibat kempen panggil balik

373

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi sebanyak 24,345 unit Toyota Vios terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.

Pemanggilan balik produk siri 3/2024 itu melibatkan Vios keluaran Mac 2023 hingga Februari 2024.



Jelas JPJ Malaysia, aktiviti pemanggilan semula produk tersebut penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur atau peralatan yang ada pada kenderaan tersebut.

Justeru itu, pihak pengeluar akan menghubungi pemilik Vios yang terkesan untuk membuat penetapan tarikh temujanji serta membawa kenderaan bagi pemeriksaan.

“Kerjasama di antara pemilik-pemilik kenderaan dan juga pengeluar diharapkan dapat menjayakan aktiviti Pemanggilan Semula ini supaya penamatan aktiviti pemanggilan semula dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat,” jelasnya.

Kempen berkenaan turut melibatkan panggil balik lapan model Mercedes-Benz iaitu A 200, A 250, A 250 4MATIC, GLA 200, GLA 250, EQA 250, EQB 350 4MATIC dan AMG A 45 S 4MATIC.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here