China negara pertama rekod jualan 1 juta EV sebulan!

60

Ketika pertumbuhan perlahan dalam segmen kenderaan elektrik memberikan kesan besar kepada negara barat, China pula berterusan mencatatkan pertumbuhan positif.

Menurut laporan terkini, China merupakan negara pertama dalam dunia yang merekodkan jualan EV melebihi satu juta unit dalam masa sebulan, di mana angka tersebut dicapai pada bulan Ogos lepas.

Sementara itu, Eropah mencatatkan pertumbuhan negatif buat pertama kali (-4 peratus) disumbangkan oleh beberapa faktor seperti penamatan pemberian subsidi di beberapa negara, serta sekatan dagangan yang dikenakan ke atas EV buatan China.



Dalam pada itu, firma penyelidikan Rho Motion melaporkan permintaan global terhadap EV menunjukkan pertumbuhan positif, di mana sebanyak 9.8 juta kereta bateri elektrik dijual setakat tahun ini.

Di China, angka jualan bagi semua jenis kenderaan penumpang berenjin turun 1.1 peratus kepada 1.92 juta unit.

Reuters melaporkan jualan bagi segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) yang merangkumi EV dan PHEV banyak didorong oleh pemberian subsidi setinggi 20,000 yuan (RM12k) kepada pemilik yang mahu menukar (trade-in) kenderaan lama yang lebih mencemarkan alam.

Disebabkan itu, segmen tersebut mencatatkan lonjakan sebanyak 43.2 peratus dengan penguasaan sebanyak 53.5 peratus dalam jumlah jualan kereta penumpang secara keseluruhan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here