Warga emas tunggang Yamaha RX-Z model pertama curi perhatian warga media sosial

947

Kelibat seorang warga emas berserban berkonvoi bersama pemuda Yamaha RX-Z mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dikongsi akaun TikTok Shazana Jaafar.

Berdasarkan perkongsian itu, rata-rata anak muda mengenali warga emas berkenaan sebagai Paksu Tomoi.



Paksu Tomoi bersama anak muda lain menuju ke Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bagi menghadiri Yamaha RXZ Members 6.0.

Menurut pengguna media sosial, Paksu Tomoi dari Kuala Ketil itu popular dalam kalangan geng RX-Z bahkan dikatakan warga emas berkenaan setiap tahun menghadiri perhimpunan motosikal RX-Z.

@shazana_jafar

Yang Kental Pasti Sampai. Mantapp Otai !! RXZ Member 6.0 Semoga Semua Selamat Pergi & Balik ! #rxz_members_official #rxzmember

♬ Langkah seiringan Cover – Najmi Mhmmd

Dalam video tersebut Paksu Tomoi dilihat menunggang Yamaha RX-Z model pertama berwarna biru.

Kebanyakan pengguna media sosial mengutarakan cadangan agar pihak penganjur memberi penghargaan kepada Paksu Tomoi yang sentiasa menyokong program anak muda.

 

“Kalau tiada yang lama, pasti tiada yang baru, semoga diberi kesihatan paksu, dipermudahkan urusan dan keselamatan pergi dan balik.”

“5.0 hr tu cmtu gak mcm mn 6.0 cmtu la sbji.. dr kola ketil ke ganu.. dlm bag dia tu kain pelekat sejadah baju pralatan mandian kbersihan n wangian.”

“Jadikam pakcik tu idola pemotoran yg betol. dr segi motor pon dh ikot spec. terbaik. walaupon aku dh lama bersara main motor sbb memikirkan masa depan anak² lg penting.”

“Sepatutnya penganjur RX-Z kena bagi satu anugerah pada pak su tanda hadir…”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here