Pemuda sering hadiri majlis ilmu, bawa pulang Toyota Vellfire pada Yamaha RXZ Members 6.0

179
Rezeki tidak pernah salah alamat dan datang pada waktu yang tepat. Seorang pemuda berasal dari Kampung Maras, Batu Rakit, Terengganu membawa pulang hadiah utama Toyota Vellfire 2.5 pada cabutan bertuah Yamaha RXZ Members 6.0.
 
Dikenali sebagai Muhaimin, dia dikatakan anak muda yang bekerja keras menyara kakak dan anak saudara yang kehilangan kedua orang tuanya.
 
Menurut akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail, anak muda berkenaan sering menghadiri majlis ilmu dan solat lima waktu di Masjid Al Khauthar Kampung Maras, Batu Rakit.
 
“Rezeki Allah nak bagi, anak muda contoh yang selalu datang majlis ilmu dan solat 5 waktu di Masjid Al Khauthar Kampung Maras, Batu Rakit. Tahniah Muhaimin,” tulis beliau.
 
Menerusi perkongsian berkenaan pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada pemuda berkenaan dan menganggap ia merupakan rezeki yang sudah tertulis buatnya atas kebaikan yang dilakukan.
 
“Sesungguhnya Allah nak tunjuk sesuatu untuk kita semua.. Di saat masjid berlumba-lumba buat kebajikan untuk peserta RXZ Members. Akhirnya Allah kurniakan rezeki tak terduga buat ahli masjid lima waktu sehari,” tulis Sifar PHBN.
 
“Alhamdulillah..jaga hubungan dengan Pemberi Rezeki, berganda rezeki Allah bagi,” komen Eda Firdaus Hassan.
 
Toyota Vellfire 2.5 baharu di pasaran tempatan dijual pada harga RM438,000. MPV mewah itu dijana oleh enjin 2.5L Dual VVT-i (2AR-FE) yang menghasilkan kuasa  182PS @ 6,000rpm dan tork 235Nm @ 4,100rpm dengan transmisi automatik CVT 7-kelajuan.
 
Pada sesi cabutan bertuah berkenaan, hadiah lain yang ditawarkan termasuklah 20 helmet pelbagai jenama, pakej umrah, Ducati Multistarada, Yamaha RX-Z Catalyzer, RX-Z Millenium, Yamaha LC 135 V8 dan lain- lain.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here