Elak patung penyu jatuh atas lebuhraya, penunggang Yamaha RX-Z maut kemalangan

912

Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang penunggang Yamaha RX-Z maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan di KM270.1. Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Perasing, Terengganu, semalam. 

Dalam kemalangan pada jam 11 pagi, Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RX-Z, Muhamad Shafiq Abdul Halim, 29, yang berasal dari Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan pula parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.



Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas menghadiri Himpunan RXZ Members di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangi kedua-dua mangsa itu cuba mengelak patung penyu yang terjatuh di laluan kiri lebuh raya.

“la menyebabkan motosikal mereka bergesel lalu hilang kawalan lalu terbabas,” katanya

Hanyan berkata, mayat Mohamad Firdaus telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa, Muhamad Shafiq pula dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk menerima rawatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here