Presiden Yamaha cedera diserang anak sendiri di Jepun

23

Presiden Yamaha Motor Co, Yoshihiro Hidaka mengalami kecederaan di lengan pada Isnin selepas didakwa diserang oleh anak perempuannya menggunakan pisau dapur di kediaman mereka di tengah Jepun, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pihak polis tempatan.

Polis menahan Hana Hidaka atas tuduhan cubaan membunuh bapanya, Yoshihiro, 61, dengan menggunakan pisau sekitar 3 pagi Isnin di rumah mereka di Iwata, Shizuoka.

Pihak polis bertindak balas selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya yang berusia 33 tahun, yang mendakwa bahawa bapanya memukulnya.



Hana juga dilapor menghubungi polis sekitar 5.30 petang sehari sebelum kejadian.

Seorang pegawai syarikat yang berpangkalan di Iwata, berkata bahawa pihak syarikat tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan itu kerana ia masih dalam siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here