Mitsubishi Xpander rasmi lancar, dua varian ditawarkan pada harga mula RM99k

59

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) rasmi memperkenalkan Xpander.

Jika versi sedia ada ditawarkan menerusi satu pilihan model, Xpander facelift ini didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu :



  • Xpander : RM99,980
  • Xpander Plus : RM109,980

*Harga pengenalan tersebut hanya bagi kenderaan yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata dengan tawaran pemanduan seperti SUV, Xpander tujuh kerusi yang dikemas kini itu memastikan kepuasan pelanggan.

“Daripada reka bentuk elegan kepada keupayaan serba boleh, Xpander direka untuk memenuhi pelbagai keperluan keluarga moden dan individu yang aktif. 

“Sejak pembukaan tempahan pada 12 September, MMM menerima maklum balas yang positif dan kami mengucapkan terima kasih atas sambutan yang menggalakkan terhadap Xpander 2024,” katanya.

ENJIN MASIH GUNA 1.5 LITER MIVEC

Kedua-dua varian menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5 liter MIVEC DOHC yang menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm bersama transmisi 4-kelajuan automatik.

Keselesaan pemanduan disumbangkan jarak kelegaan tanah yang terbaik dalam kelasnya iaitu 225mm. Ia ditingkatkan 20mm bagi memudahkan pengendalian ketika meredah banjir mahupun keadaan jalan yang tidak rata. 

Selain itu, ia juga memberikan jarak penglihatan lebih tinggi dan jelas buat pemandu. 

Pemanduan Xpander ditingkatkan menerusi suspensi McPherson di depan dan torsion beam di belakang. Manakala keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera (depan) dan dram (belakang). 

KEMAS KINI LUARAN

Mitsubishi Xpander facelift menerima naiktaraf pada rekaan luaran yang mana fascia Dynamic Shield kini disematkan dengan bampar mendatar dan plat skid tiga dimensi.

Ia kemudian diapit dengan lampu depan bentuk ‘T’ bersama kemasan perak. Begitu juga lampu belakang yang didatangkan dengan iluminasi bentuk ‘T’. Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu jenis LED dan rim aloi bersaiz 17-inci dengan dua tona warna.

Penampilan luaran yang membezakan varian Xpander dan Xpander Plus adalah kemasan  pada bahagian bampar.

Varian rendah didatangkan dengan kemasan hitam pada bampar depan dan belakang manakala versi Plus dipadankan dengan aksen perak. Selain itu, spoiler baharu dan visor pintu hanya ditawarkan pada varian tertinggi. 

KABIN

Kedua-dua varian berkongsi ciri peralatan yang sama. Cuma varian tertinggi didatangkan dengan kerusi kemasan kulit, pengecas tanpa wayar dan plat scuff manakala varian terendah didatangkan dengan kemasan fabrik.

Kedua-dua varian Xpander dilengkapi dengan punat penghidup tekan, panel meter 4.2 TFT berwarna, skrin infotainmen 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara, empat slot USB dan kawalan digital pendingin hawa.

Ciri keselamatan pula, Mitsubishi Xpander didatangkan dengan dua beg udara, parkir elektrik dengan brake auto hold, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dan kawalan traksi (TC), Sistem Bantuan Brek (BAS), Bantuan Penghidup Bukit (HSA), monitor sekeliling (ARM) serta perakam video (DVR) depan dan belakang. 

GALERI

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here