Kastam rampas 11 kereta mewah bernilai RM3.69 juta

122

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II, Selangor merampas 11 kereta mewah pelbagai jenis yang diimport bernilai RM3.69 juta.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata kenderaan itu dirampas dalam serbuan ke atas gudang penyimpanan kenderaan di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat menerusi Ops Longkai 2024 yang dijalankan pada Julai dan Ogos lalu. 

“Pemeriksaan awal mendapati kesemua kenderaan berkenaan dipercayai diimport dari negara Eropah dan Asia disimpan selama empat tahun dan pihak gudang serta pengimport gagal mengemukakan permit import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).



“Kenderaan import ialah barang larangan, importnya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import daripada MITI di bawah Butiran 3, Bahagian I, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya.

Selain kenderaan, pihak kastam turut merampas dadah, minuman keras, cecair nikotin dan televisyen bernilai RM6.37 juta dalam operasi berasingan di sekitar Pelabuhan Barat dan Utara, Selangor serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here