Ultraviolette Automotive dedah superbike elektrik F99

14

Ultraviolette Automotive rasmi mendedahkan superbike elektrik, F99 di India. Jentera itu diposisikan di atas F77 Mach 2 dengan kelajuan maksimum lebih tinggi.

Syarikat bakal menyasarkan dua misi rekod baharu bagi F99 iaitu suku batu terpantas dan kelajuan tertinggi bagi motosikal India.



F99 menampilkan rekaan futuristik dengan panel badan yang berlekuk dan tajam. Ia juga dilengkapi dengan aero aktif dan saluran penyejukan, direka untuk menyalurkan udara ke arah motor.

Dengan penampilan yang garang dan padanan warna merah dan putih, ia merupakan hasil sentuhan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ibu pejabat di Bengaluru.

Dikuasakan motor 90kW, superbike itu mampu memecut 0-100kmj dalam tempoh 3 saat dengan kelajuan maksimum 265kmj dan berat jentera 178kg.

Selain itu, F99 turut dilengkapi dengan ciri peralatan seperti suspensi Ohlins, brek Brembo dengan brek cakera berkembar di depan dan rim aloi ringan.

Ultraviolette Automotive merupakan syarikat motor elektrik India berpangkalan di Bangalore yang dibangunkan oleh Narayan Subramaniam dan Niraj Rajmohan pada 2016.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here