#TahukahAnda : Malaysia negara membangun pertama anjur F1, ini sebab Tun M pilih Sepang lokasi litar lumba…

211

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merupakan antara yang terbaik dunia rekaan pereka Jerman Hermann Tilke.

Tilke merupakan ‘bapa’ bagi kebanyakan litar perlumbaan dunia misalnya di Bahrain, Abu Dhabi, Turkiye dan Amerika.



Bahkan, kekanda Valentino Rossi sendiri mengakui SIC merupakan antara litar kegemarannya.

Ketika bergelar pelumba MotoGP, Rossi menyatakan walaupun menunggang berulang kali di SIC tetapi sentiasa menghadirkan emosi yang hebat.

“Mengenai susun atur, ia adalah trek yang hebat. Saya berlumba di Sepang dari tahun pertama pada 1999 dan ia adalah trek teknikal, pantas dan lebar serta sesuai untuk kuasa MotoGP,” katanya kepada portal Snaplap pada 2016.

TUN M : SAYA HANYA FIKIRKAN F1 KETIKA ITU

@tarmacsports

Part 2: 1. Kurang tempat tarikan pelancong 2. Tan Sri Basir Ismail antara individu penting dalam penubuhan Litar Sepang 3. Hanya untuk Formula 1 #tunmahathir #formula1

♬ original sound – Tarmac Sports – Tarmac Sports

Tahukah Anda?..menerusi wawancara yang dikongsi akaun TikTok Tarmac Sports, Tun Mahathir Mohamad menyatakan dalam fikiran beliau hanyalah Formula Satu (F1) ketika membangunkan SIC. 

Perkara itu dikongsi beliau ketika disoal oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya tentang di sebalik penubuhan SIC pada 1998.

“Kita tidak banyak tarikan pelancong, dan penganjuran perlumbaan akan meningkatkan pelancongan dan pengunjung dari negara asing untuk datang ke sini (Malaysia). Kita juga perlu menghiburkan mereka, mereka ingin lihat sesuatu.

“Mereka hanya menonton di skrin TV, mereka ingin lihat secara langsung. Jadi Basir (Tan Sri Basir Ismail, mantan Pengerusi SIC) dan saya berbincang tentang itu (penubuhan SIC) dan fikir ia adalah pelaburan yang berbaloi,” katanya. 

Tun Mahathir menyatakan kejayaan itu perlu dibanggakan kerana Malaysia merupakan negara membangun pertama yang membawa masuk perlumbaan F1. 

Bahkan, ketika itu Malaysia juga negara kedua selepas Jepun menganjurkan F1 di peringkat Asia. 

TUN M KONGSI INI SEBAB PILIH SEPANG

@tarmacsports

Part 3: Tun M jawab objektif Litar Sepang. Kenapa Sepang dipilih untuk Litar Antarabangsa. #tunmahathir #Formula1

♬ original sound – Tarmac Sports – Tarmac Sports

Tentunya ramai yang tertanya mengapakah Sepang dipilih sebagai lokasi litar lumba dunia itu. 

“Sebabnya kita ada tanah. Untuk lapangan terbang perlukan 25,000 ekar, masih ada ruang dan ia tidak terlalu jauh.

“Kemudian tentunya, kami merancang membina lapangan terbang baharu dan nampaknya dengan tanah dan pelaburan pada lapangan terbang, kebarangkalian ditambah dengan pelancong, ia adalah lokasi yang bagus,” jelasnya. 

Tan Sri Azman turut bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana pelumba perlumbaan selain MotoGP dan F1 turut mengakui lokasi Sepang yang strategik berhampiran dengan kemudahan utama misalnya lapangan terbang dan hotel.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here