Jeremy Clarkson anggap kereta moden ‘semuanya teruk’

6

Sejak memulakan kerjaya pada tahun 1988, selebriti televisyen terkenal Jeremy Clarkson sudah pun merasai pelbagai jenis kenderaan baharu sehingga kini.

Yang pasti setelah 35 tahun berlalu, beliau mengakui tidak lagi mempunyai tahap minat yang sama terhadap kereta, terutama bagi model-model terkini.

Dalam satu parti yang diadakan secara tertutup, Jeremy Clarkson menjawab persoalan yang diterima daripada penonton dengan menjelaskan kereta-kereta moden “semuanya teruk”.



Beliau sendiri mengakui tidak dapat mengenal pasti 80 hingga 90 peratus model kereta moden.

“Saya tidak tahu itu kereta apa, dan saya tidak ambil kisah. Mereka mengatakan ‘Kami mempunyai sistem pacuan hibrid baharu’, saya tidak lagi peduli.

Clarkson berpendapat kereta-kereta lama jauh lebih baik kerana memiliki berat badan yang lebih ringan.

Salah satu contoh yang membuktikan kata-kata beliau ialah BMW M5 generasi baharu yang dilengkapi dengan sistem hibrid seberat 408 kg, menjadikan berat keseluruhan sedan pantas tersebut mencecah 2.4 tan.

Untuk makluman, Jeremy Clarkson bersama rakan hosnya James May dan Richard Hammond telah membuat keputusan untuk membubarkan syarikat produksi yang bertanggungjawab menghasilkan rancangan The Grand Tour.

Menurut Amazon, mereka tetap mahu meneruskan format rancangan tersebut dengan menampilkan pengacara baharu, namun segala butiran berkenaan perancangan tersebut masih lagi samar-samar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here