BFGoodrich lancar generasi baharu tayar AT, T/A KO3, harga bermula RM825

157

BFGoodrich Malaysia memperkenalkan generasi tayar “All-Terrain” baharu menerusi BFGoodrich All-Terrain T/A KO3, selepas menawarkan T/A KO2 sebelum ini.

BFGoodrich membangunkan tayar T/A KO3 bagi memenuhi keperluan pemandu dengan merangkumkan teknologi serba inovatif bagi semua laluan jenis permukaan jalan. 



Berdasarkan legasi ‘off-road’ BFGoodrich yang gemilang, tayar baharu itu kembali dengan tulisan putih menimbul pada dinding sisi, selain mempamerkan jata “Baja Champion”.

Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mengatasi prestasi model terdahulu, tayar KO2 dari sudut daya tahan bunga tayar, ketahanan dan cengkaman.

Ini fakta perbezaan dengan KO3 dan KO2: 

  • Daya tahan bunga tayar lebih 25 peratus berbanding KO2
  • Ketahanan lebih 20 peratus berbanding KO2
  • Cengkaman lebih baik berbanding KO2
  • Jarak membrek lebih pendek 4.2 meter berbanding KO2

Ini ciri baharu yang ada pada All-Terrain T/A KO3:

Daya tahan bunga tayar: Tayar All-Terrain T/A KO3 mempunyai tapak yang teroptimum serta lurah mengunci 3D yang mendalam, dirumus untuk mengagihkan tekanan secara sekata supaya kehausan menjadi sekata. Oleh itu, All-Terrain T/A KO3 mempunyai jarak perbatuan dan prestasi kehausan yang lebih baik.

Ketahanan: Teknologi CoreGard dinaik taraf untuk memberi ketahanan dinding sisi yang lebih baik, justeru sesuai menggalas jata “Baja Champion”. Rekaan Advanced Deflection Design membantu mengelakkan objek daripada tersangkut dan membelah dinding sisi, selain sempurna untuk pemanduan di atas semua jenis landasan.

Cengkaman: Dalam kondisi yang paling mencabar sekalipun, T/A KO3 mampu memberikan daya cengkaman yang terbaik. Tayar berkenaan mempunyai jalur mengunci 3D yang dalam, di samping rekaan bahu bergerigi dan Turusan Anti Lumpur. Penambahbaikan itu membuatkan tayar berkenaan menerima penarafan “Three-Peak Mountain Snowflake”.

BFGoodrich Malaysia menawarkan lebih daripada 62 saiz sepanjang 24 bulan yang akan datang dengan 39 saiz yang akan dilancarkan menerusi tiga fasa bermula September 2024.

Bagi 19 saiz lagi tersedia pada 2025 dengan 4 saiz yang berbaki bakal ditawarkan pada 2026. Harga runcit bagi tayar T/A KO3 bermula RM825 sehingga RM2,946.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bfgoodrich.com.my/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here