Marc Marquez mahu menilai potensinya bersama Ducati di Grand Prix Indonesia, Litar Mandalika yang mana telah menghapuskan rekod cemerlang juara dunia MotoGP enam kali akibat gagal menamatkan perlumbaan.
Tahun ini merupakan kali ketiga MotoGP melawat Litar Mandalika dan Marquez setakat ini hanya menamatkan tujuh pusingan perlumbaan di bumi Indonesia.
Pada 2022, adinda Marquez tidak dapat menyertai GP Indonesia susulan mengalami kemalangan ketika sesi pemanasan pada pagi Ahad.
Marquez menambah lagi masalah di Mandalika pada tahun berikutnya apabila tersingkir awal dalam kedua-dua perlumbaan Sprint dan juga perlumbaan penuh.
Untuk musim 2024, Marquez bagaimanapun berada pada kedudukan yang baik dengan memenangi dua daripada tiga grand prix terakhir di atas Gresini Ducati GP23.
“Adalah menarik untuk memahami di mana kami berada di sini.
“Saya masih belum menamatkan perlumbaan di Indonesia kerana pada 2022 saya mengalami kemalangan besar ketika memanaskan badan, jadi menarik untuk memahami tahap kami dengan Ducati.
“Ia adalah trek yang saya suka. Namun bukanlah salah satu kegemaran saya, tetapi saya menyukainya walaupun pada masa lalu ia tidak begitu hebat.
“Saya tidak sabar untuk melakukannya. Kami akan menyasarkan untuk empat atau lima teratas,” jelasnya.
Marquez, yang akan dinaikkan pangkat ke pasukan Ducati kilang bersama Pecco Bagnaia musim depan, tiba di Mandalika diklasifikasikan keempat dalam kedudukan keseluruhan.
ALEX : TREK LUMBA YANG CANTIK DALAM KALENDAR MOTOGP
Sementara itu, adiknya Alex Marquez (Gresini Racing) bakal berlumba kali ketiga hujung minggu ini di Litar Mandalika menyatakan ia merupakan litar lumba yang indah dalam kalendar MotoGP.
“Litar Mandalika bagus, salah satu yang terbaik di kalendar lumba menurut saya. Saya boleh membandingkan dengan di Australia (Philip Island) yang juga dekat dengan laut, sangat bagus,” ujarnya.
Laporan portal Viva itu menyatakan Alex berkongsi pengalaman yang mana Mandalika memiliki susunan litar yang lengkap.
“Misal di sektor dua di mana lebih ke selekoh cepat yang flowing diakhiri dengan hard braking di selekoh ke-10.
“Lalu di empat selekoh terakhir harus membrek dengan baik dan sudutnya harus tepat dan sangat sulit,” katanya.
Bagaimanapun, walaupun Alex berasa Litar Mandalika trek yang tercantik tetapi ia memiliki kekurangan tersendiri.
“Mandalika tidak terlalu banyak aktiviti (perlumbaan), jadi saat sampai sangat kotor dan grip tayar ke tar terus membaik seiring hari,” kongsinya.