Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan Triton generasi keenam.
Trak pikap itu bakal dilancarkan bulan ini yang mana harga jualan bermula daripada RM102,000 sehingga RM170,000. Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi itu juga membawa masuk Triton Single Cab di samping pilihan dua kabin.
Triton Single Cab didatangkan dengan enjin 2.4 liter yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 430Nm selain dek kargo terbesar dalam segmennya dengan lebar 2,340mm dan panjang (1,580mm).
Pasaran tempatan didatangkan dengan lima pilihan varian menerusi penambahbaikan pada luaran, dalaman, casis ladder dan enjin.
Berikut informasi ringkas tentang Mitsubishi Triton serba baharu :
- Kemas kini penggayaan: Triton serba baharu didatangkan dengan bahasa reka bentuk Mod Beast. Bahagian dalaman yang sporty menawarkan fungsi yang sangat baik dan
kebolehkendalian. - Prestasi dipertingkatkan: Enjin 2.4 liter turbo boleh mencapai kuasa 204PS dan tork 470Nm.
- Saiz badan: Saiz badan lebih besar berbanding model sebelumnya. Casis bingkai mega baharu memberikan ketahanan dan kebolehpercayaan.
- Keselesaan pengendalian: Pembangunan suspensi baharu menawarkan keselesaan pengendalian dan kestabilan stereng. Sistem Super Select 4WD-II dan tujuh mod pemanduan.
- Keselamatan: Triton serba baharu kini dilengkapi dengan Active Yaw Control yang membantu kawalan pada permukaan jalan licin dan ciri keselamatan dipertingkatkan dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS).
- Keselesaan SUV: Didatangkan dengan keselesaan dalaman berinspirasikan SUV seperti pengecas tanpa wayar, sambungan Apple Car Play dan Android Auto serta ruang simpanan yang banyak.
MMM juga menawarkan sebuah kotak simpanan lipat 60 liter eksklusif bernilai RM450 untuk 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan Triton serba baharu melalui bilik pameran online Mitsubishi.