Honda Malaysia menawarkan penjimatan besar-besaran menerusi kempen Unwrap Big Savings melibatkan rebat tunai, ganjaran eksklusif hadiah akhir utama dan peraduan beli dan menang bagi bulan Oktober ini.
Tawaran berkenaan sah bagi pendaftaran kenderaan bermula 1 hingga 31 Oktober ini dan model serta varian terpilih sahaja.
Menariknya pada kempen Big Savings berkenaan, pelanggan boleh mendapatkan ganjaran rebat sehingga RM80,000 bagi Honda Civic Type R melibatkan nilai rebat sebanyak RM70,000 dan bonus akhir RM10,000.
Manakala model Civic 1.5 liter menawarkan ganjaran sehingga RM12,000 diikuti versi RS sebanyak RM10,000.
Bagi anda yang merancang untuk membeli HR-V, ini adalah masa tepat yang mana pihak Honda menawarkan ganjaran bermula daripada RM1,000 hingga RM5,000 (mengikut varian).
Berikut tawaran ganjaran mengikut model :
ARTIKEL LAIN
Berapa bayaran bulanan Honda Civic Type R (2023)? Kami kirakan untuk anda…