Google buka pusat data bernilai RM8.24 bilion di Elmina Business Park

10

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai USD2 bilion (RM8.24 bilion) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

Pusat data yang kini dalam pembinaan di Elmina Business Park, Selangor akan menangani peningkatan permintaan terhadap keupayaan Google Cloud, inovasi kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan digital lain yang digunakan setiap hari oleh individu serta organisasi di Malaysia.



Pelaburan Google dijangka dapat menjana impak ekonomi bernilai lebih USD3.2 bilion selain mewujudkan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang 2030.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here