Seorang penjual buah-buahan, Ee Tai Qing menunggang sejauh 613km dari Sungai Udang, Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah bagi menemani pendaftaran adiknya sebagai pelajar baru.
Pemuda berusia 27 tahun itu bergerak sejak Ahad lalu menunggang Honda Wave manakala adiknya, Ee Tai Zhi, 21, menaiki bas dari Melaka.
Kisah itu mendapat perhatian Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan menyantuni dua beradik tersebut.
Tai Zhi antara 4,195 pelajar baharu UUM yang mendaftar pada pagi Selasa di Sintok yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025.
ARTIKEL LAIN
Datang seorang diri, tunggang Modenas Kriss pada hari pendaftaran universiti