Perlu guna MyDigital ID log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober

444

Rakyat Malaysia memerlukan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Menerusi mesej di aplikasi MyJPJ, ia berkata log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024.



“Sila laksanakan pendaftaran di Aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk.

“Sila abaikan mesej ini jika pendaftaran telah dilaksanakan atau anda telah mempunyai MyDigital ID,” tulisnya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan MyDigital ID pada November tahun lalu yang diiktiraf secara nasional sebagai bentuk pengurusan pengenalan digital yang dipercayai.

Ia direka untuk menyediakan pengesahan selamat untuk transaksi dalam talian dan menangani kelemahan yang terdapat dalam sistem pengesahan identiti dalam talian sedia ada.

Sejak itu, kiosk pendaftaran MyDigital ID ditempatkan di 200 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara, lapan cawangan Pusat Penyebaran Maklumat Nasional dan 357 cawangan Tealive di seluruh negara dan sehingga kini lebih 600,000 rakyat Malaysia telah berdaftar dengan MyDigital ID.

Orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan bermotor atau pembaharuan cukai jalan melalui aplikasi mudah alih MyJPJ.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here