Syarat kelayakan naik taraf Lesen B dilonggarkan serta-merta

1065

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju melonggarkan salah satu syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B selepas menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya bersetuju supaya syarat memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 hanya perlu aktif dan mencukupi tempoh 10 tahun ke atas sahaja.

Berbanding sebelum ini, katanya, MOT menetapkan individu dikenakan syarat memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut.



“Syarat itu dilonggarkan serta-merta dan orang ramai boleh membuat semakan semula di aplikasi MyJPJ. Namun, proses itu akan ambil masa disebabkan perubahan dalam sistem.

“Syarat itu dilonggarkan ekoran keluhan orang ramai yang mendakwa tidak layak menyertai program itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here