Honda Malaysia menawarkan warna baharu, Phoenix Orange Pearl bagi City Hatchback bersama empat warna lain sedia ada.
Warna baharu berkenaan ditawarkan pada kesemua varian Honda City Hatchback 1.5L Petrol dan 1.5L e:HEV.
Pengenalan warna baharu itu dikongsi menerusi akaun rasmi Facebook Honda Malaysia dengan tagline “Orange is the new red.”
City Hatchback facelift dilancarkan secara rasmi Mei lalu menerusi lima pilihan varian. Versi naik taraf itu didatangkan standard dengan Honda Sensing termasuk Lead Car Departure Notification (LCDN).
Tiada perubahan pada mekanikal yang mana RS menggunakan rangkaian kuasa 1.5 liter e:HEV dilengkapi dengan sistem hibrid yang menghasilkan 107hp dengan tork setinggi 253 Nm.
Varian lain pula dijana enjin 1.5 liter aspirasi natural (NA) empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC yang menyalurkan 119hp dengan tork setinggi 145Nm bersama transmisi CVT.