Lelaki ditemukan lemas kereta dipandu terjunam dalam sungai

181

Seorang lelaki ditemui lemas dalam kereta dipandunya yang terjunam ke Sungai Santap di Kampung Baru, Telaga Mas, Alor Setar, pada Khamis.

Mangsa, Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayatnya dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).



Komander Operasi JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Hamdan, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.25 pagi.

“Maklumat awal diterima kejadian itu membabitkan dua mangsa, namun selepas pemeriksaan hanya seorang mangsa sahaja terlibat.

“Mangsa ditemui masih di tempat duduk pemandu dan sebaik dikeluarkan dia disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Penduduk kampung, Mohd Subhi Mohd Shukor, 30 ketika ditemui berkata sebaik terbabas dan terjunam ke sungai, kereta itu tenggelam perlahan-lahan.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi gagal sebelum ditemui lemas,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here