[Video] Wanita curi kereta Honda HR-V di pusat membeli belah

118

Polis menahan seorang wanita kerana mencuri Honda HR-V di pusat membeli belah The Street Ratchada di Jalan Ratchadaphisek daerah Din Daeng, Bangkok, Thailand pada jam 2 petang.

Kejadian itu berlaku apabila suspek berumur 39 tahun itu melarikan kereta berkenaan ketika pemilik membeli kopi dan meninggalkan SUV itu dalam keadaan enjin hidup dengan kucing di dalam kabin.



Suspek berusia 39 tahun itu ditemui dengan Honda HR-V hitam itu di Jalan Nak Niwat 16 di daerah Lat Phrao sekitar jam 10.50 malam pada Rabu, menamatkan pencarian selama sembilan jam. 

Ketua Balai Polis Huai Khwang, Pol Kol Prasopchoke Iampinit berkata suspek menghadapi kesukaran menjawab soalan polis. Ibunya mendakwa anak perempuannya menghidap penyakit mental dan menerima rawatan di wilayah Khon Kaen.

“Pemilik SUV itu membiarkan enjin hidup dan pintu tidak berkunci semasa dia memasuki pusat membeli-belah itu, walaupun dia membawa kunci bersamanya,” jelasnya. 

Saksi melihat kejadian kecurian itu dan cuba menghalang kenderaan itu sehingga menyebabkan seorang pengawal keselamatan dan anggota polis cedera ringan dilanggar SUV tersebut.

Seorang pemandu yang cuba menghalang kenderaan tersebut turut dilanggar suspek. Ketika penahanan itu, polis turut menemui kucing peliharaan itu bersembunyi di bawah kerusi.

@sparkupdate

#ข่าวtiktok #ขโมยรถ #รัชดา #โจร #tiktokเตือนภัย

♬ original sound – Spark Update – Spark Update

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here