Stellantis dalam satu kenyataan mengumumkan penangguhan sementara produksi bagi model EV Fiat 500e sehingga 1 November ini.
Langkah tersebut dibuat melihatkan kepada permintaan yang tidak begitu memberangsangkan terhadap model tersebut.
Syarikat itu pada asalnya menghentikan sementara produksi Fiat 500e di kilang Mirafiori, Itali pada 12 September untuk tempoh empat minggu, namun telah dipanjangkan untuk tempoh tiga minggu lagi.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kekurangan permintaan tersebut ialah spesifikasi kereta itu sendiri yang tidak begitu kompetitif.
Dengan harga jualan bermula dari US$34,095 (RM143,983), Fiat 500e hanya mampu menawarkan jarak gerak sejauh 240 km. Dengan harga yang sama, pembeli di Amerika boleh mendapatkan Hyundai Kona EV dengan ektra jarak pemanduan 193 km lebih jauh, dan pakej lebih praktikal.
Ini bukanlah satu penamat buat Fiat 500, memandangkan Stellantis merancang untuk mengembangkan lagi penawaran kereta kecil ini dengan pengenalan model hibrid petrol pada tahun hadapan.