Subaru Chiffon merupakan sebuah model kei car yang ditukarkan lencananya daripada model Daihatsu Tanto untuk pasaran Jepun.
Sama seperti kembarnya, Subaru Chiffon juga boleh didapati dalam versi ‘mesra’ off-road yang dinamakan sebagai Chiffon Try.
Boleh dikatakan keseluruhan aspek rekaan luaran Chiffon Try menyamai apa yang ditawarkan pada model Daihatsu Tanto FunCross.
Seperti contoh, terdapat kehadiran plastik pelindung badan pada bahagian depan dan sisi, skid plate berwarna perak, serta padanan rel bumbung untuk penampilan outdoor yang lebih menyerlah.
Untuk ruang kabin pula didatangkan dengan aksen berwarna jingga, diikuti dengan penggunaan bahan upholsteri kalis air, skrin infohibur sebesar sembilan inci, serta tempat duduk belakang yang boleh dilaras 240 mm untuk memaksimumkan ruang kargo belakang.
Di Jepun, Subaru Chiffon Try dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 660 cc berkuasa 51 hp dan 60 Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT dan pacuan roda depan.
Terdapat versi pacuan semua roda yang turut dijual di sana.
Subaru Chiffon Try memiliki tanda harga bermula dari ¥1,665,000 (RM48,039).