Marah polis trafik dengan kata-kata kesat, pemuda direman tiga hari

121

Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan saman dalam kejadian di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supritendan Lee Swee Sake berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Terubong Jaya, Air Itam kira-kira 10.30am bagi membantu siasatan kes.

“Hari ini (semalam) telah tular satu video menerusi aplikasi Whatsapp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.



“Kejadian berlaku pada 6.45 petang semalam di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here