“Selesaikan saman tertunggak dan senarai hitam, barulah sistem tukar status layak,” KP JPJ

99

Pemilik lesen Kelas B1 dan B2 dinasihatkan menyelesaikan semua saman tertunggak dan senarai hitam bagi membolehkan layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata saman dan senarai hitam itu melibatkan dua agensi penguatkuasa iaitu JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Beliau berkata, setelah selesai pembayaran saman, pemegang lesen boleh menyemak semula permohonan dengan mendaftar masuk ke aplikasi MyJPJ.

“Saman melibatkan JPJ dan PDRM yang ada perlu diselesaikan terlebih dahulu iaitu saman tertunggak dan senarai hitam.

“Selepas itu, barulah sistem itu akan tukarkan kepada status layak,” katanya.

TIADA LAGI SYARAT MINIMUM 10 TAHUN BERTERUSAN

Gambar hiasan

Mengulas lanjut mengenai LMM, Aedy berkata selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Khamis supaya kelonggaran syarat dapat diberikan, JPJ telah melaksanakan tindakan pembaharuan.

Katanya, JPJ telah melonggarkan syarat iaitu tiada lagi syarat minimum 10 tahun berterusan yang ditetapkan sebelum ini dan syarat tersebut dimansuhkan serta-merta.

“Orang ramai yang mempunyai lesen Kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas serta tiada saman tertunggak layak untuk memohon program peralihan kepada lesen B penuh.

“Oleh yang demikian, orang ramai perlu menyemak semula kelayakan tersebut melalui aplikasi MyJPJ atau di kaunter JPJ,” tambah beliau.

Aedy berkata, sehingga kini, seramai 3.32 juta pemegang lesen B1 dan B2 layak menyertai program khas LMM.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pemegang lesen B1 dan B2 adalah sebanyak 9.31 juta orang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here