Toyota jual lebih 800 unit sedan Camry dalam masa sehari

372

Tatkala pengeluar lain sedang bergelut dengan prestasi jualan sedan yang semakin merudum, Toyota pula beraksi sebaliknya terutama di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Motor1, prestasi jualan Toyota Camry berterusan mendaki carta untuk tempoh suku ketiga 2024, di mana ia kini naik 1.7 peratus kepada 22,934 unit.

Sehingga September, angka jualan Toyota Camry naik 4.4 peratus kepada 227,576 unit.



Berdasarkan kiraan ringkas, Toyota secara purata menjual sebanyak 833.6 Camry dalam masa sehari!

Selain Camry, sebuah lagi sedan Toyota turut meraih populariti iaitu Toyota Corolla, di mana angka jualan meningkat 6.9 peratus kepada 177,092 unit, atau 648.6 unit dalam masa sehari.

Namun hakikatnya, SUV masih lagi mendominasi carta jualan.

Dalam tempoh 9 bulan pertama, Toyota RAV4 mencatatkan jualan sebanyak 350,331 unit, atau peningkatan sebanyak 15.7 peratus, atau 1,283 unit RAV4 terjual setiap hari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here