Penggunaan enjin melebihi had rekaan, Hyundai tolak tuntutan waranti pemilik Elantra N

100

Seorang pemuda Kanada menyangka bahawa jaminan lanjutannya akan menampung kos pembaikan apabila enjin Hyundai Elantra N mengalami kegagalan.

Menerusi data ECU, Hyundai Kanada mendapati kegagalan tersebut disebabkan oleh pemandu. Justeru itu, tuntutan waranti ditolak.



Menurut laporan CTV News Toronto, Christian Matzoros yang berusia 20 tahun membeli Hyundai Elantra N tersebut dua tahun lalu. Ketika pembelian, Matzoros turut menambah jaminan lanjutan selama tujuh tahun atau 140,000km.

Enjin keretanya mengalami kegagalan pada perbatuan 46,000km, Jun lalu maka yang masih dalam waranti. 

Bagaimanapun, selepas Hyundai Kanada menyiasat punca kerosakkan daripada data ECU, mereka mendapati ia bukanlah berpunca daripada defek material atau mutu kerja yang buruk. Sebaliknya, kerosakkan itu disebabkan oleh penyalahgunaan.

“Setelah menyemak data enjin, janakuasa itu mengalami keadaan melebihi had operasi yang direka, mengakibatkan kegagalan mekanikal yang ketara.

“Penemuan ini menunjukkan putaran enjin yang berlebihan berada di luar liputan waranti kenderaan kerana penggunaan yang tidak betul,” kata jurucakap Hyundai Kanada.

Matzoros mengakui memandu Elantra N ke jalur drag beberapa kali. Dia merasakan tiada kaitan dengan kegagalan enjin itu.

“Ia adalah model trek dan direka untuk kegunaan litar. Ia mempunyai turbo 2.0 liter, dan dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan,” kata Matzoros.

Dia juga berpendapat kegagalan itu tidak berlaku di litar, dan Hyundai Kanada harus menanggung kos pembaikan kerana masih dalam jaminan lanjutan.

Dalam kes ini, mungkin transmisi manual enam kelajuan adalah kesalahan Matzoros. Menurut Hyundai Kanada, kemungkinan ia disebabkan ketika operasi tukaran gear (money shifted).

Misalnya pemilik secara tidak sengaja menukar gear rendah yang mana seharusnya gear tinggi, maka ia melebihi julat putaran maksimum yang dijangkakan kereta.

Tidak diketahui puncanya tetapi ECU tidak menipu. Matzoros terpaksa menghabiskan anggaran CAD 10,000 (RM31,467) untuk pembaikan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here