Zeekr mula beroperasi di Malaysia, tempahan X dan 009 dibuka

131

Zeekr Malaysia mengumumkan pembukaan operasi di pasaran tempatan menerusi pengenalan dua model elektrik (EV) iaitu Zeekr X dan Zeekr 009.

Sentinel Automotive Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama berkenaan kini membuka tempahan Zeekr X dianggarkan sekitar RM180,000 dan Zeekr 009 pula sekitar RM370,000. Yuran tempahan pula adalah RM2,000 bagi Zeekr X dan RM4,000 (009).  

ZEEKR 009

MPV 009 pasaran tempatan didatangkan dengan High Performance Dual Motor (pacuan semua roda- AWD) berkuasa 603hp dan tork 693Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.5 saat.



Pasaran tempatan didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Luxury (7 kerusi) dan Ultra Luxury (6 kerusi).

Bateri 116kWh menawarkan jarak pemanduan sejauh 582km manakala pengecasan DC 150kW hanya mengambil 30 minit bagi isian bateri daripada 10 hingga 80 peratus.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah 12 peringkat pelarasan, fungsi urut dan ventilasi pada kerusi pemandu dan penumpang depan, pelarasan rel gelunsur 1.1 meter bagi kerusi barisan kedua (Ultra Long) dan punat elektrik bagi barisan ketiga untuk operasi masuk dan keluar dengan mudah.

Selain itu, kabin 009 didatangkan dengan kokpit pintar menerusi kluster meter LCD resolusi tinggi 10.25 inci; paparan head up AR 35.95 inci; skrin infotainmen OLED 15.05 inci; skrin bumbung OLED 17-inci; skrin smartbar pada pintu barisan kedua, 30 pembesar suara Yamaha, pengecas tanpa wayar 50W, sembilan slot pengecas USB Type C, ketersambungan CarPlay dan Android Auto serta pengecaman wajah menerusi sistem pemantauan pemandu (DMS).

MPV itu turut didatangkan dengan ciri keselamatan bantuan pemandu termaju (ADAS) misalnya Lane Centering Control (LCC); Adaptive Cruise Control (ACC); Collision Mitigation Support Front (CMSF); Collision Mitigation Support Rear (CMSR); Lane Keeping System; Blind Spot Detection (BSD); Door Open Warning (DOW); Traffic Sign Recognition (TSR); Driver Performance Monitor (DPM); Speeding Reminder Warning dan Parking Emergency Brake.

ZEEKR X

Pasaran tempatan menawarkan dua pilihan varian Zeekr X iaitu Premium dan Flagship AWD. 

Zeekr X didatangkan dengan panjang 4,450mm, lebar 1,836mm dan tinggi (1,572 mm) serta jarak roda 2,750mm. Selain itu, Zeekr X memiliki jarak roda sama seperti Smart #1 namun lebih panjang 180mm, lebih lebar 14mm dan rendah 64mm.

Model Flagship AWD didatangkan dengan dua motor berkuasa 422hp dengan pecutan 0-100kmj dalam tempoh 3.8 saat. Varian Premium pula didatangkan dengan motor tunggal (RWD) berkuasa 268hp dan pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.6 saat.

Zeekr X dipadankan dengan bateri 66kWh bersama pengecasan DC 150kW yang mana isian bateri 10 hingga 80 peratus mengambil masa 30 minit.

Ciri keselaamtan pula, ia didatangkan dengan tujuh beg udara, kamera 360 darjah dan perakam video digital (DVR) serta segudang keselamatan ADAS.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here