Netizen selar tindakan pemandu Malaysia parkir secara haram di Thailand

69

Pemilik MPV mewah dengan nombor pendaftaran Malaysia mendapat kecaman pengguna media sosial selepas meletakkan kenderaan di parkir yang tidak dibenarkan.

Kenderaan itu dipercayai menghalang persimpangan di bandar sempadan selatan Thailand, Hatyai.

@dingsiam

ฝากถึงคนมาเลเซียบ้านผมก็มีกฎหมายนะครับ#ขออนุญาตเจ้าหน้าที่ตํารวจด้วยคับ

♬ original sound – CHAMPZ – CHAMPZ



Video berdurasi 24 saat itu dikongsi akaun TikTok @diangsiam, dan telah mendapat lebih 360,000 tontonan.

Kapsyen video dengan bahasa Thailand itu menulis “Rakyat Malaysia yang dihormati, negara saya ada undang-undang”.

Dirakam dari dalam kenderaan lain, rakaman itu menunjukkan Toyota Vellfire itu diletakkan di depan lampu isyarat, menghalang lorong untuk kenderaan membelok ke kiri.

Seorang pegawai polis Thailand dilihat mengunci tayar kanan MPV itu. 

Selain itu, bulan lalu sebuah Nissan Grand Livina dengan nombor pendaftaran Malaysia turut mendapat kecaman warga Thailand selepas menggunakan tiga ruangan parkir.

Imej itu dikongsi pengguna Facebook รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ, dengan kapsyen, “Ini kes lain. Ini juga tersedia ambillah mana yang anda suka. Lot parkir Malaysia di Thailand (tolong hormat undang-undang) di sini, negara jiran.”

Masalah parkir yang tidak bertanggungjawab segelintir pemandu Malaysia turut dibawa sehingga ke negara jiran sehingga mendapat kecaman penduduk Thailand.

Susulan perkongsian berkenaan, pengguna media sosial Malaysia berasa malu dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan dan memohon maaf kepada rakyat Thailand.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here