ASMAX World interkom Bluetooth ciri teknologi terbaik, harga RM399

52

Buat pemilik motosikal untuk memudahkan berkomunikasi ketika menunggang, NKS Distributors menawarkan rangkaian interkom Bluetooth, ASMAX World dengan harga yang lebih berkompetitif.

Biarpun harga yang kompetitif, produk itu memiliki ciri dengan teknologi lebih baik berbanding jenama premium yang dijual di pasaran ketika ini.



Ia ialah jenama interkom paling pantas berkembang di China yang menawarkan sistem komunikasi berasaskan Bluetooth dengan peralihan sambungan 5G.

Selain itu, ia memiliki interkom Mesh dengan kawalan pintar (Smart Mesh Control, SMC) yang membenarkan komunikasi hingga 16 peranti ASMAX serentak bagi jarak sehingga 15km.

 

Apa yang menariknya, Produk berkenaan mempunyai ciri pengurangan bunyi pintar ENC. Ia berfungsi untuk menapis bunyi ekzos, angin dan menambah baik kualiti bunyi interkom pada kelajuan 160kmj.

Bagusnya lagi, interkom ASMAX menawarkan bunyi yang jelas dan berkualiti tinggi selepas menjalani kerjasama studio Bongiovi Acoustic Labs di Amerika Syarikat.

Mengecasnya pula, hanya mengambil masa 10 minit untuk komunikasi tiga jam tanpa henti, manakala bagi pengecasan penuh  cuma 50 minit.

Bagi pasaran Malaysia, empat varian ASMAX ditawarkan membabitkan:

  • S2 – RM399
  • Z1 Plus – RM699
  • F1 Plus – RM799
  • F1 Pro – RM899

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here