MOT terima 243 permohonan Program Peralihan Lesen Kelas B

175

Kementerian Pengangkutan menerima 243 permohonan pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1/B2 kepada kelas B sejak 1 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbo Habibollah berkata pihaknya menjangkakan jumlah pendaftaran bagi program khas itu akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata pemegang LMM kelas B1/B2 boleh mengemukakan permohonan dan pendaftaran di institut memandu yang disenaraikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



“Mengikut rekod, sehingga kini seramai 3.33 juta daripada 9.32 pemegang LMM kelas B1/B2 layak mendaftarkan diri di 139 institut memandu,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melaporkan syarat program khas tersebut dilonggarkan serta-merta ekoran keluhan orang ramai yang tidak layak menyertainya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here