Perodua memperkenalkan Aruz versi kemas kini pada 2021 iaitu sejak lima tahun model itu berada di pasaran.
Terkini, Perodua mengeluarkan teaser kehadiran model baharu yang bakal mendapat kemasan hitam di akaun rasmi Facebook jenama tersebut.
Menerusi hantaran itu, siluet imej yang dikongsi merupakan model Aruz menerusi kapsyen “Peminat kereta hitam, siap sedia!. Kami akan tawarkan kegemaran hitam baharu. Bolehke anda teka apa yang akan datang?.”
MPV berkenaan bakal ditawarkan dalam warna serba hitam cuma masih belum dapat dipastikan perincian selanjutnya dan tarikh pengenalan model berkenaan. Jadi sama-sama kita nantikan….
Di Indonesia, MPV itu dikenali sebagai Daihatsu Terios yang mana versi naiktaraf diperkenalkan tahun lalu.
Negara jiran menerima kemas kini aksesori menerusi rekaan baharu bampar depan dan belakang dengan sejumlah kemasan dan tawaran kabin hitam dengan sistem infotainmen bersaiz 7-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.