Masalah gear undur : BMW panggil balik 5,048 unit R18

105

BMW Motorrad Amerika Utara memfailkan Laporan Panggil Balik Keselamatan model R18  susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.

Kempen panggil balik itu melibatkan komponen gear undur. Bahagian kedap berisiko rosak dari semasa ke semasa dan membolehkan kelembapan memasuki unit tersebut. 



Susulan itu, ia berisiko mengakis sentuhan elektrik yang menyebabkan terlalu panas dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Menurut BMW Amerika Utara, sekitar 5,048 unit R18 yang terkesan melibatkan unit keluaran 19 Jun 2020 dan 11 Julai 2024.

Petanda komponen berkenaan mengalami kerosakkan antaranya fungsi undur tidak boleh digunakan. 

Setakat ini, tiada laporan kemalangan mahupun kecederaan direkodkan di Amerika dan sehingga kini pihak pengeluar menerima 21 tuntutan waranti berkaitan isu berkenana. 

Sebagai langkah keselamatan, BMW akan menggantikan komponen tersebut.

KES BERLAKU DI ASIA TENGGARA

Gear undur R18

BMW sebelum ini menerima laporan kerosakkan R18 di pasaran antarabangsa pada Jun 2023. Ketika itu, pihak ibu pejabat melakukan siasatan dan mendiagnosis masalah yang berlaku.

Awalnya, siasatan mendapati isu berkenaan melibatkan pasaran dengan iklim panas dan lembab susulan kebanyakan tuntutan waranti melibatkan negara di Asia Tenggara.

Juster itu, BMW mengumumkan panggil balik di pasaran Asia Tenggara pada Februari 2024. Namun, kemudian BMW menerima laporan isu gear undur luar dari Asia Tenggara.

Maka, hujung bulan lalu pengeluar mengumumkan kempen panggil balik bagi pasaran Amerika Utara.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here