Nahas kemalangan pelajar UiTM, suspek tiada rekod terima rawatan mental

247

Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun pada Rabu lalu tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong menyatakan berdasarkan semakan dibuat mendapati rawatan kesihatan mental wanita tersebut tidak pernah direkodkan di mana-mana fasiliti kesihatan negeri setakat ini.

“Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut ada mendapat rawatan mental di negeri lain,” katanya.



Dalam pada itu, Dr Kasemani turut menasihatkan mana-mana ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental supaya tampil menghantar individu terbabit mendapatkan rawatan lanjut.

“Jangan malu untuk datang mendapatkan rawatan kesihatan mental. Malah masyarakat kita perlu ubah persepsi mengenai penyakit mental ini,” jelasnya. 

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM Kampus Dungun, direman empat hari bermula Khamis.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mengalami masalah mental itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini pada jam 9 pagi Khamis dalam keadaan seperti terpinga-pinga.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here