Minggu lalu, Tesla memperlihatkan dua buah model konsep kereta swapandu iaitu Tesla Cybercab (Robotaxi) dan Tesla Robovan.
Cybercab secara asasnya merupakan sebuah coupe dua pintu yang hanya mampu memuatkan dua orang tanpa sebarang kelengkapan pemanduan seperti roda stereng dan pedal.
Bukaan pintu acah ‘rama-rama’, lengkap dengan rim yang tertutup penuh itu mengingatkan kepada model Volkswagen XL1.
Kereta ini tidak mempunyai sebarang port pengecasan kerana menggunakan pengecasan induktif (tanpa wayar), menurut Elon Musk.
Ujarnya lagi, dengan ciri pemanduan autonomi penuh (Full Self-Driving), Robotaxi ini dikatakan 10 hingga 30 kali lebih selamat berbanding kereta yang menggunakan pemandu manusia.
Tesla Robovan pula merupakan versi Robotaxi yang lebih besar dan mampu memuatkan sehingga 20 orang penumpang.
Tanpa sebarang cermin depan, Robovan dilengkapi dengan skrin paparan besar
Elon Musk menjangkakan produksi Robotaxi ini akan bermula sebelum tahun 2027, dengan harga jualan bawah USD30,000 (RM128,730).
Namun begitu, perincian berkenaan Robovan pula tidak didedahkan sekali.