Masalah brek punca treler langgar lapan kenderaan

90

Sebuah treler yang mengalami masalah brek ketika menuruni jalan berbukit di KM18.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Petaling Jaya merempuh lapan kenderaan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.03 petang.



“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 2.10 petang semasa treler terbabit melalui lokasi di kawasan sedikit menuruni bukit.

“Akibat masalah brek, treler itu telah melanggar lapan kenderaan lain yang sedang dipandu perlahan kerana jalan sedikit sesak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kepada individu terlibat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan.

Polis mengingatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Polis tidak berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here