Mitsubishi Triton generasi ke-6 rasmi lancar, 5 varian ditawarkan pada harga mula RM101,980

95

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi rasmi memperkenalkan Triton generasi keenam menerusi empat pilihan varian :

  • Triton Athlete : RM165,980
  • Triton AT Premium : RM145,980
  • Triton AT GL : RM116,980
  • Triton MT : RM114,980
  • Triton Single Cab : RM101,980 (baharu)

*Harga pengenalan adalah bagi model yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2024.



Triton Athlete didatangkan dengan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan bagi tempahan yang dilakukan sehingga Disember tahun ini.

Manakala, varian yang lain ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau perbatuan 200,000km (mana tiba dahulu).

Selain itu, MMM turut menawarkan kotak simpanan boleh lipat bersaiz 60 liter bernilai RM450 bagi 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan di Mitsubishi Online Showroom. 

CIRI PERALATAN UTAMA

  • Saiz badan yang lebih besar berbanding model sebelumnya, dibina pada casis bingkai baharu sekaligus memberikan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
  • Enjin baharu menawarkan output tinggi dan prestasi alam sekitar lebih baik.
  • Pembangunan suspensi serba baharu yang menawarkan keselesaan pemanduan dan kestabilan stereng. Sistem Super Select 4WD-II dan naiktaraf mod pemanduan menawarkan prestasi jalan serba boleh. 
  • Penggayaan baharu, dan dalaman yang sporty menawarkan kefungsian dan kebolehkendalian yang sangat baik.
  • Keselamatan dan keselesaan yang dipertingkatkan untuk pelbagai kegunaan. 

ENJIN 

Enjin diesel 4N16 Hyperpower baharu didatangkan dengan spesifikasi output yang berbeza bagi memenuhi keperluan yang pelbagai.

Varian tertinggi, Triton Athlete didatangkan dengan enjin baharu 2.4 liter MIVEC dua peringkat turbo  yang menghasilkan kuasa 204PS @ 3,500rpm dan tork 450Nm @ 1,500-2,750rpm. 

Varian lain pula menggunakan enjin 2.4 liter MIVEC turbo diesel berkuasa 181PS @ 3,500rpm dan tork 430Nm @ 2,250-2,500rpm.

Triton serba baharu didatangkan sama ada transmisi enam kelajuan automatik yang menampilkan mod Sports atau transmisi enam kelajuan manual yang direka untuk mengurangkan getaran yang dihantar terus daripada enjin dan meningkatkan keselesaan.

Triton Athlete dilengkapi sistem trenpacuan Super Select II 4WD dengan tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Gravel, Sand, Mud, Snow dan Rock. Manakala varian lain dilengkapi dengan sistem Easy Select 4WD.

Sistem 4WD membolehkan pemandu beralih ke mod 4WD dengan mudah menggunakan pemilih dail.

Sistem Super Select 4WD-II menawarkan empat pilihan pacuan:

  • 2H (pacuan roda belakang)
  • 4H (pacuan empat roda sepenuh masa)
  • 4HLc (locked center differential)
  • 4LLc ( locked center differential dengan gear lebih rendah). 

Sementara bagi sistem Easy Select 4WD menawarkan pacuan :

  • 2H (pacuan roda belakang)
  • 4H (locked center differential)
  • 4L (pemanduan gear rendah)

KAWALAN YAW AKTIF (AYC)

AYC meningkatkan prestasi selekoh dengan aplikasi brek ‘perlahan’ pada bahagian dalam roda depan ketika mengambil selekoh.

Penggunaan brek pada roda yang sedang berpusing dan agihan tork pacuan pada roda yang mencengkam permukaan jalan, meningkatkan keselamatan pada permukaan licin serta memberikan pengalaman pemanduan sporty.

Casis bingkai baharu mempunyai 65 peratus kawasan ‘cross-sectional’ lebih besar daripada model sebelumnya, mencapai peningkatan ketegaran lenturan sebanyak 40 peratus dan peningkatan ketegaran kilasan sebanyak 60 peratus.

Selain itu, peningkatan berat diminimumkan dengan menambah penggunaan nisbah keluli regangan tinggi.

MITSUBISHI MOTORS SAFETY SENSING (MMSS) 

Varian terpilih Triton serba baharu juga menampilkan rangkaian sistem keselamatan yang komprehensif seperti Sistem Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM), Lane Departure Warning  (LDW), Kawalan Kruise Adaptif (ACC), Amaran Titik Buta dengan Bantuan Tukar Lorong, dan Amaran Trafik Belakang. 

Kawalan Kestabilan & Traksi Aktif (ASTC) ditawarkan standard pada semua model. Sistem lain termasuklah Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Hill Start Assist (HSA) serta Active Stability & Traction Control (ASTC).

KONSEP REKAAN ‘BEAST’

Penampilan Mitsubishi Triton menampilkan bahasa rekaa Dynamic Shield menerusi gril depan tiga dimensi bersama lampu nyala siang bentuk ‘L’  serta tiga lampu utama di bawahnya.

Imej solid digabungkan dengan lampu belakang bentuk ‘T’ yang kemudian dipadankan dengan pintu belakang yang mudah dibuka sekaligus menawarkan akses ke lantai kargo yang besar.

Konsep reka bentuk dalaman Triton serba baharu adalah geometri dan minimalis bagi menawarkan ruangan moden dengan kemasan krom.

Ciri peralatan lain ditawarkan adalah glove box, pemegang telefon pintar, soket USB untuk mengecas peranti serta ruangan simpanan barang yang banyak.

Triton Athelet pula dilengkapi dengan paparan panel meter LCD berwarna 7-inci, enam pembesar suara, pengecas telefon tanpa wayar, perintah suara, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta kawalan digital pendingin hawa dua zon. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here