JPJ Kelantan peroleh RM151k hasil lelong 38 kenderaan

14

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan memperoleh RM151,100 hasil lelongan 38 kenderaan pelbagai jenis melalui 58 pembida di Kota Bharu, pada Rabu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata antara kenderaan dilelong ialah Honda Jazz, Mini Cooper, Proton Saga, Toyota Vios dan motosikal Yamaha RX-Z.



“Kenderaan itu dilucut hak melibatkan pelbagai kesalahan seperti kereta klon, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memiliki kenderaan bermotor tidak berdaftar dan mempamer nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut.

“Hasil bidaan tertinggi lelongan diperoleh daripada kenderaan pelbagai guna mini jenis Toyota bB automatik klon dengan nilai RM35,000,” katanya.

Mohd Misuari berkata, bidaan terendah pula melibatkan kenderaan skrap iaitu motosikal Modenas dengan harga RM50.

Kata beliau, keseluruhan kenderaan dilelong pada siri tersebut berjumlah 42 melibatkan 24 yang boleh didaftarkan dan 18 skrap.

“Lelongan bagi kali pertama tahun ini yang melibatkan 12 kenderaan klon itu mencatat hasil berjumlah RM119,100.

“Bagaimanapun, tiga daripadanya tidak menerima pembida termasuk sebuah kereta Mercedes Benz yang dibuka pada harga RM6,500,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada tahun 2022, pelupusan kenderaan dibuat sebanyak dua kali secara sebut harga dan lelongan awam melibatkan 66 kenderaan dengan hasil kutipan sebanyak RM226,584.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here