Toyota tiada perancangan henti produksi Supra

102

BMW sebelum ini dilapor akan menghentikan penawaran model roadster Z4, di mana produksinya akan tamat pada tahun 2026 tanpa sebarang model pengganti.

Jadi, adakah perkembangan terbaharu ini bakal menjejaskan ‘kembarnya’ Toyota GR Supra?

Untuk peminat Supra, usah risau kerana dalam satu temubual bersama CarExpert, Toyota secara berterus terang masih mahu meneruskan penawaran model tersebut.



Sean Hanley, naib presiden pemasaran Toyota Australia berkata, “tiada perancangan untuk menghentikan Supra. Saya tahu (berita itu). BMW bukannya Toyota. Jadi, berita tentang penamatan Supra adalah satu spekulasi sahaja.”

Ini merupakan satu kenyataan menarik, memandangkan kedua-dua model Z4 dan Supra dibina bersama-sama di kilang Magna Steyr, Austria.

Jadi, bagaimana pula Toyota mahu meneruskan model Supra pada masa hadapan tanpa bantuan BMW?

Ujar Hanley, “Supra mungkin akan berubah bentuk”, memberikan petanda bahawa Toyota mungkin akan membangunkan sendiri generasi baharu Supra atau dengan bantuan pihak ketiga yang lain.

Sama-sama kita berdoa agar Supra tidak berubah bentuk menjadi sebuah SUV sama seperti yang dibuat oleh Ford pada Mustang Mach-E serta Mitsubishi pada model Eclipse Cross.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here