Masalah pam minyak : Honda Amerika panggil balik lebih 700,000 kenderaan

146

Minggu lalu, Honda memanggil balik 1.7 juta kereta susulan kesilapan pemasangan rak stereng melibatkan model Civic, CR-V dan Acura Integra.

Minggu ini, pembuat kereta asal Jepun itu memanggil balik 720,000 kenderaan susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.

Kempen panggil balik itu melibatkan masalah pam minyak tekanan tinggi. Menurut Honda, lebih daripada 700,000 kenderaan keluaran 2023, 2024 dan 2025 di pasaran Amerika Syarikat.



Ia melibatkan model :

  • Honda Accord dan Accord Hybrid (2023-2024)
  • Honda Civic sedan dan Civic Hybrid (2025)
  • Honda CR-V Hybrid (2023-2025)

Menurut pengeluar, komponen itu berisiko retak dari dalam yang boleh menyebabkan kebocoran bahan api dan mencetuskan kebakaran.

Setakat ini, pihak Honda tidak menerima laporan kemalangan dan kecederaan berkaitan isu tersebut.

Pelanggan yang terkesan akan diminta membawa kenderaan ke pusat servis bagi pemeriksaan dan sebarang penggantian (jika perlu) dilakukan secara percuma. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here