KPDN Perlis : Masih ada jualan petrol Malaysia di selatan Thai namun terpencil

2

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis tidak menafikan terdapat kegiatan penjualan petrol bersubsidi yang diseludup dari Malaysia berlaku di selatan Thailand meskipun kes berkenaan terpencil.

Pengarah KPDN Perlis, Hasbillan Abd Rashid berkata walaupun kes berlaku adalah terpencil namun pihaknya bersama agensi penguatkuasa selain terus memantau situasi berkenaan melalui perkongsian maklumat.



Beliau berkata kegiatan itu berlaku kemungkinan daripada kenderaan Malaysia yang memasuki negara jiran menjual bahan api itu secara pindahan, sama ada dari tangki kenderaan sedia ada atau diubahsuai.

“Bagaimanapun, perkara ini susah kita nak kesan. Operasi statik menempatkan anggota penguatkuasa di stesen minyak komersial terutamanya berhampiran sempadan, mendapati tiada kes pembelian berulang daripada kenderaan tempatan.

“Pemilik stesen minyakpun faham dan beri kerjasama kepada pihak penguatkuasa.

“Walaupun isu penjualan bahan api itu di negara jiran di luar bidang kuasa pihaknya namun Hasbullah berkata KPDN terus mempertingkatkan kawalan dari semasa ke semasa di pintu masuk sempadan negara di Padang Besar dan Wang Kelian, bagi menangani masalah ketirisan subsidi petrol oleh kerajaan.

“Kita kawal ketirisan mungkin berlaku dari dalam negara melibatkan tindakan khusus antaranya penempatan anggota penguatkuasa di pintu masuk keluar ICQS pada masa tertentu yang berisiko.

“Selain itu, di stesen minyak seluruh negeri Perlis serta di kampung-kampung yang tersembunyi, perkongsian maklumat dengan kerjasama daripada pihak PDRM serta bantuan kuasa menahan kenderaan disyaki oleh PDRM dan Kastam di ICQS,” katanya.

Kes penyeludupan keluar barangan kawalan dan bersubsidi ke luar negara jiran dari Perlis merekodkan penurunan kepada 91 kes bagi tempoh Januari hingga kini, berbanding 196 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Sehingga kini, sebanyak 9,129 pemeriksaan dilaksanakan dan jumpah rampasan daripada 91 kes adalah berjumlah RM1,194,423.80. Berbanding 2023, bagi tempoh sama, nilai rampasan berjumlah RM4,460,08 daripada 196 kes.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here