Tesla dalam acara “We, Robot” yang diadakan baru-baru ini mendedahkan tiga benda baharu, kereta swapandu Cybercab, van penumpang Robovan dan robot Optimus.
Nampak canggih dan futuristik, mungkin sekali diinspirasikan daripada filem awal 2000-an “I, Robot”.
Namun begitu, rekaan yang ditampilkan oleh Cybercab, Robovan dan Optimus adalah hampir serupa dengan rekaan yang wujud dalam filem tersebut, sehinggakan pengarahnya Alex Proyas mendakwa Elon telah meniru rekaan yang dihasilkannya itu.
Hey Elon, Can I have my designs back please? #ElonMusk #Elon_Musk pic.twitter.com/WPgxHevr6E
— Alex Proyas (@alex_proyas) October 13, 2024
Dalam hantaran di media sosial X, Alex berkata, “Hey Elon, bolehkah saya dapatkan semula reka bentuk saya?”
Menurut laporan The Hollywood Reporter, bukan Proyas seorang sahaja yang mendakwa Tesla meniru rekaan dari filem tersebut.
Matt Granger yang bekerja sebagai pembantu Proyas turut membuat hantaran dengan nada yang serupa, namun menggunakan perkataan yang agak kurang senang untuk dibaca.
Mesej itu kemudian telah dipadamkan.